.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Tiada keserasian punca Amar dan Puteri Sarah putus - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Friday 22 February 2013 | 09:53


Sesal dahulu pendapatan dan kesal kemudian tiada gunanya. Ni, OGA nak citer pasal hubungan Amar dan Puteri Sarah yang dah putus cinta. Semuakan dah tahu mereka ni bercinta bagaikan nak rak pastu, tup-tup putus cinta.  OGA rasa semua peminat mesti nak tahukan punca mereka putus cinta. Tak gitu?

Ammar Alfian Aziz diselubungi rasa kesal kerana sifatnya yang tidak menghargai Puteri Sarah menyebabkan terjadinya perpisahan selepas lima tahun mereka bercinta.

Amar berkata, dia terpaksa memutuskan hubungan wanita itu pada November tahun lalu kerana mereka sudah tidak mempunyai keserasian untuk bersama lagi.

"Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi.
"Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu," luahnya kepada mStar Online pada petang Khamis.
Desas-desus keretakan hubungan pasangan itu mula diperkatakan sejak sebulan lalu apabila Ammar keluar bersama wanita lain.

Menjawab dakwaan itu, Ammar berkata, ia adalah tuduhan yang tidak benar kerana dia masih belum menemui pengganti selepas berpisah dengan Sarah.

amar dan puteri sarah
Amar dan Puteri Sarah dah putus cinta
"Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah.

"Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar hati.
"Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya," katanya yang mengakui Sarah sudah mempunyai kekasih baharu.
Ammar berkata, dia mengambil pendekatan untuk merahsiakan keretakan hubungan mereka kerana tidak mahu menjejaskan nama Sarah yang kembali meningkat naik.

"Banyak saya belajar daripada kontroversi sebelum ini jadi saya tidak mahu cakap banyak sekarang.
"Biarlah saya fokus pada kerja dan mengembalikan kepercayaan industri dan media menerusi kerja saya," katanya yang bakal muncul sebagai hos program dokumentari Lambaian Pulau di TV2 tidak lama lagi.
Ammar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan telah mengugut untuk membunuh wartawan hiburan menerusi Facebook miliknya kerana dikritik berhubung sikap panas baran serta hubungannya dengan Puteri Sarah.

Bagaimanapun selepas isu itu tercetus, Ammar telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 13 Mac 2010 dalam satu majlis anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger